Categories: Resipi

Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!

Jika ke negeri Cik Siti Wan Kembang, pasti wajib cari Nasi Kerabu yang menjadi kegemaran ramai ini. Sekali makan, pasti akan rindu dan teringat-ingat.

Kalau ada yang cuba buat sendiri, boleh cuba resipi lengkap perkongsian dari Tuan Adriana Arissa di bawah. Resipi asli dari Kelantan yang wajib cuba.

RESIPI NASI KERABU BUNGA TELANG

RESIPI SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

  • 10 cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • ½ labu bawang putih
  • ½ inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 1 ½ sb gula
  • 2 sk garam bukit halus
  • 2 sb budu
  • Minyak masak – agak banyak

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering, bawang-bawang dan halia.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 ½ cawan air. Masukkan santan.
  3. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan serai dan asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasa dulu sebelum masukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan boleh tutup api.

Nota: Kuah biar pekat, masin dan manis sedikit.

RESIPI SAMBAL IKAN KELAPA

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • Nisan-cincang halus @ gula
  • Garam secukup rasa
  • 4 batang serai
  • 1 sudu kecik lada hitam-tumbuk

Cara-cara:

  1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata. Masak sekejap supaya tahan lebih lama.

RESIPI SOLOK LADA

Bahan-bahan:

  • 100g kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang rebus-amik isi dan tumbuk kasar
  • Cili hijau-belah buang biji
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecik lada hitam ditumbuk
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Kisar bawang, kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
  2. Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.

RESIPI SAMBAL CILI

Bahan-bahan:

  • Sambal Cili
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili besar- kalau tak nak pedas
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan.

RESIPI NASI BIRU BUNGA TELANG

Bahan-bahan:

  • 4 pot beras
  • Air secukupnya
  • Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru- rendam semalaman dan kisar
  • Serai diketuk
  • Daun limau purut

Cara-cara:

  1. Masak nasi macam biasa menggunakan rice cooker.

Bahan ulam-ulaman:

  • Ulam ulaman
  • Kubis
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun serai kayu
  • Pucuk selon

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan lain:

  • Keropok goreng
  • Telur masin
  • Solok lada

Kredit: Tuan Adriana Arissa

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago