resipi nasi kerabu

Nasi kerabu ialah kebanggaan citarasa tradisional Kelantan yang digemari ramai. Resipi nasi kerabu ini memberikan keseimbangan sempurna antara rasa lemak, pedas dan masin yang melengkapkan hidangan anda!

Dengan warna biru asli dari bunga telang, resipi ini menggamit memori kenangan nenek moyang kita. Tak perlu anda pergi jauh ke Pantai Timur!

Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!

RESIPI NASI KERABU

Bahan-Bahan untuk Nasi Kerabu (Nasi Biru)

  • 2 pot beras
  • 1-2 genggam bunga telang (untuk warna biru asli; rendam dalam air panas selama 15 minit, tapis untuk mendapatkan air biru)
  • 3 helai daun pandan
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Secubit garam
  • Air secukupnya (Beras Siam: 2 pot beras = 3 ½ cawan air bunga telang. Kurangkan air untuk beras tempatan).

Cara Masak Nasi:

1. Campurkan air bunga telang, daun pandan, daun limau purut, dan secubit garam.

2. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik.

RESIPI SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar cili kering (kisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • ½ labu bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1/2 kotak santan pekat (kara)
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 1 keping gula melaka
  • 1 ½ sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar budu
  • 1 sudu besar perasa (seperti Maggi Cukup Rasa)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-Cara:

1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, dan halia.

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan serai. Tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan santan, gula melaka, budu, garam, dan perasa. Sesuaikan rasa.

4. Kacau hingga pekat dan masak.

RESIPI SAMBAL IKAN

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk kelapa parut (disangai hingga keperangan)
  • 7-8 ekor ikan sardin (direbus, ambil isi dan tumbuk)
  • 5 biji bawang merah (tumbuk)
  • 3 batang serai (tumbuk)
  • 2 ½ sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar perasa (seperti Maggi Cukup Rasa)
  • ½ biji bawang holland (hiris nipis)

Cara-Cara:

1. Tumbuk bawang merah dan serai hingga hancur. Masukkan garam dan gula.

2. Tambahkan isi ikan rebus yang telah ditumbuk bersama kelapa goreng. Gaul sebati.

3. Masukkan hirisan bawang holland. Sesuaikan rasa.

Air Lada (Sambal Air)

Bahan-Bahan:

  • 10-15 biji cili burung merah dan hijau
  • Cuka secukupnya
  • Air suam secukupnya
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

1. Kisar semua bahan hingga hancur. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi kerabu.

Budu Tambahan:

  • Budu
  • Air limau kasturi
  • Cili burung yang dicincang

Ulam-Ulaman

Bahan-Bahan:

  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Taugeh
  • Kacang botol

Cara Penyediaan:

1. Hiris halus semua bahan ulam. Hidangkan segar bersama nasi kerabu.

Lauk Tambahan untuk Hidangan Nasi Kerabu:

  • Ayam atau daging bakar
  • Keropok goreng
  • Ikan masin kecil goreng

Sumber: Bonda Aisyah 

Baca lagi: Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN