Categories: Resipi

Resipi Nasi Goreng Cina, 3 BAHAN Asas Ini Tak Boleh Tinggal!

Resipi nasi goreng Cina yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah ini sangat ringkas dan digemari, ia boleh disesuaikan mengikut cita rasa serta bahan yang ada di dapur.

Menerusi perkongsian tersebut juga, beliau percaya kunci utama untuk mendapatkan nasi goreng Cina yang sedap adalah dengan menggunakan tiga bahan penting: serbuk lada putih, minyak bijan, dan daun bawang.

Jom kita cuba dan boleh disesuaikan mengikut pilihan protein dan sayur kesukaan anda.

Baca lagi: Resipi Sambal Sotong Sedap & Tak Kecut, Ini Tip Supaya Tak Liat Bila Kunyah

RESIPI NASI GORENG CINA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 8 ulas bawang putih (dihiris, dikisar, atau ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1-2 ketul dada ayam atau 10-15 ekor udang
  • 2-3 biji telur
  • 2 cawan sayur campur (mixed vegetables)
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Daun bawang (bahagian hijau)

Cara penyediaan:

1. Cuci beras hingga bersih, kemudian masak dengan air dalam periuk nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, sejukkan, gemburkan dengan garpu, dan gaulkan dengan kicap cair untuk rasa dan warna yang lebih enak.

2. Kisar kasar atau cincang bahan-bahan yang bertanda * (bawang putih dan bahagian putih daun bawang) untuk memberikan aroma yang wangi semasa ditumis.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan daun bawang yang telah dicincang tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.

4. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil (atau udang, jika anda pilih untuk menggunakannya). Tumis hingga masak sepenuhnya dan warna ayam atau udang bertukar keperangan.

5. Ketepikan ayam di tepi kuali dan pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan telur seketika hingga sedikit masak, kemudian hancurkan menggunakan sudip untuk menghasilkan tekstur telur hancur yang berkrim.

6. Masukkan nasi yang telah dicampur dengan kicap cair dan sayur campur. Kacau rata dan masak sehingga nasi kering dan semua bahan sebati.

7. Masukkan serbuk lada putih dan sedikit garam mengikut cita rasa. Kacau hingga rata.

8. Akhir sekali, renjiskan minyak bijan untuk memberi rasa dan aroma yang istimewa. Kacau sekejap dan tutup api.

9. Taburkan hirisan daun bawang (bahagian hijau) sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Resipi Bubur Pulut Hitam Buah Longan, Kombinasi Pekat, Lemak & Manis!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago