Categories: Resipi

Cara Buat Mochi Paling Mudah Guna Acuan Lompang, Hasil Bulat Menjadi!

Peminat makanan Jepun pasti pernah dengar tentang Mochi bukan? Dengar cerita, ada orang Malaysia yang tahu cara buat Mochi paling mudah dengan acuan lompang saja.

Mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Jepun yang dibuat menggunakan tepung beras pulut dan diletakkan inti kacang merah, serta mempunyai tekstur melekit dan kenyal.

Oleh kerana orang Malaysia menggunakan tepung pulut atau tepung beras untuk buat Mochi, tapi tak semua orang dapat membulatkannya dengan sempurna.

Selepas mengikut cara buat Mochi dengan acuan lompang yang dikongsikan oleh Tengku Maya di Facebook ini, ramai terkejut dengan hasilnya bulat menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Mochi Guna 5 Bahan, Tak Payah Kukus Tetap Lembut Jadinya

CARA BUAT MOCHI GUNA ACUAN LOMPANG

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • ¾ cawan tepung pulut yang digoreng tanpa minyak
  • Sedikit air atau sedikit santan
  • 3 sudu susu tepung
  • Secubit garam
  • 1½ sudu gula kastor

Cara buat Mochi:

1. Mula-mula, masukkan tepung pulut, garam, gula dan susu, kemudian kacau sebati.

2. Selepas itu, masukkan sedikit air atau santan dan kacau lagi sehingga sebati.

3. Adunan akan nampak pekat seperti susu pekat manis, kemudian kukus lebih kurang 10 minit dalam loyang.

4. Sementara itu, boleh ambil apa-apa jenis bekas atau talam, untuk tabur tepung yang telah digoreng tadi.

5. Ambil adunan yang telah dikukus tadi dan letakkan atas tepung yang ditabur, kemudian gelek seperti buat karipap.

6. Seterusnya, ambil acuan lompang dan letakkan adunan di atasnya supaya mudah dipotong kecil dan dibulatkan.

7. Setelah itu, masukkan inti (saya pakai inti kacang merah), terbalikkan dan bulat-bulatkan pakai tangan.

8. Jika melekat pada tangan, boleh saja guna tepung yang digoreng tadi untuk kurangkannya melekat. Siap untuk dinikmati!

Seronoknya apabila dapat tahu ada cara buat Mochi yang lebih mudah dengan menggunakan acuan lompang. Selepas ini, bolehlah anda buat dengan sepuasnya di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku Maya

Baca juga: Resepi Tteokbokki Versi Malaysia, Rupanya Guna Tepung Biasa Pun Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

18 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago