Categories: Resipi

Resipi Nasi Butter Bersama Ayam Ala Nando’s, Ini Cara Terpaling ‘Simple’!

Bila datang hari yang terasa bosan makan nasi serta lauk Melayu, jom ikut resipi nasi butter bersama ayam perap ala-ala Nandos. Untuk hidangan yang lebih lengkap, anda boleh tambahkan hidangan sampingan seperti coleslaw, salad hijau atau kentang goreng.

Selain itu, anda boleh buat sos tambahan seperti mayonis atau sos cili boleh dihidangkan bersama ayam dan nasi untuk melengkapkan rasa.

Sekiranya anda menggunakan air fryer, pastikan ayam tidak disusun terlalu rapat untuk memastikan masakan sekata.

Tunggu apa lagi? Jom tengok resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Mee Rebus Simple Di Rumah, Pekena Kuahnya Memang Terangkat!

RESIPI NASI BUTTER

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan beras (boleh sesuaikan jumlah mengikut keperluan)
  • 5 sudu besar planta atau mentega
  • 1 cawan campuran sayur beku (mix vegetable)
  • Garam secukup rasa
  • Air (sukat seperti memasak nasi biasa)

Cara Penyediaan Nasi Butter:

1. Basuh beras dengan bersih dan sukat air seperti biasa untuk memasak nasi.

2. Tambahkan planta atau mentega, mix vegetable, dan sedikit garam ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibasuh.

3. Masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik (rice cooker) seperti biasa.

4. Biarkan semua bahan sebati semasa proses memasak, dan anda akan mendapat nasi butter yang beraroma dan berlemak.

RESIPI AYAM PERAP ALA NANDOS

Bahan-Bahan:

  • Ayam (boleh pilih bahagian kegemaran seperti peha, dada, atau kepak)
  • Sos Nando’s Peri-Peri (pilih tahap kepedasan yang anda suka)
  • Minyak zaitun atau minyak masak (pilihan, untuk kulit ayam lebih bersinar)

Cara Penyediaan Ayam:

1. Basuh ayam dengan bersih dan toskan sehingga tiada air berlebihan.

2. Lumurkan ayam dengan sos Nando’s Peri-Peri sehingga rata.

3. Perap ayam selama 2 hingga 3 jam untuk rasa yang meresap.

4. Untuk hasil terbaik, perap ayam semalaman dan simpan dalam peti sejuk (chiller). Lagi lama masa perapan, lagi sedap rasanya.

Cara Memasak Ayam:

1. Masak ayam menggunakan air fryer (AF), oven, atau pemanggang ajaib. Setiap kaedah memberikan hasil yang lazat, bergantung kepada peralatan yang anda miliki.

2. Separuh jalan semasa memasak, keluarkan ayam dan sapukan lagi sos Nando’s pada permukaan ayam.

3. Anda juga boleh griskan ayam dengan minyak zaitun atau minyak masak untuk menjadikan kulitnya bersinar dan mengelakkan kekeringan.

4. Sambung masak ayam sehingga kulitnya garing dan masak sepenuhnya.

5. Waktu memasak bergantung pada peralatan anda, tetapi biasanya dalam 20-25 minit pada suhu 180°C menggunakan air fryer atau oven.

Sumber: Ain Najwa Ismail 

Baca lagi: Resipi Kek Lobak Merah Sukatan Sudu, Pasti Hasil Jadi ‘Moist’!

Aisha Qistina

Recent Posts

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

2 hours ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

2 hours ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

3 hours ago

Rendang Ayam Cara Kampung, Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Makan!

Rendang ayam antara hidangan tradisional yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan kuah…

3 hours ago

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

4 hours ago

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

5 hours ago