Categories: Resipi

Cara Buat Mee Rebus Simple Di Rumah, Pekena Kuahnya Memang Terangkat!

Sekali-sekala tekak mesti teringin makan hidangan berkuah supaya badan rasa bertenaga. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba cara buat Mee Rebus yang cukup ringkas di rumah.

Mee Rebus adalah hidangan mi yang cukup popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Paling menarik, cara hidangannya ada sedikit persamaan dengan mee bandung dan mee udang.

Junainah Alimuslim telah sudi kongsikan cara buat Mee Rebus paling mudah di Facebook yang mana resipi itu datang daripada ibunya sendiri. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Mee Rebus Terengganu, Cara Buat Ringkas Tapi Kuah Sedap Boh!

CARA BUAT MEE REBUS

Bahan-bahan:

  • Mee
  • 500g udang hidup sederhana besar
  • 3 biji keledek merah
  • Air asam jawa (anggaran 1 cawan)
  • Gula (anggaran 10 sudu besar)
  • Garam
  • Sup bunjut

Bahan-bahan sampingan:

  • Telur rebus
  • Sawi (dipotong dan dicelur)
  • Cili hijau dan merah (dihiris)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Tauhu
  • Limau kasturi
  • Udang kering (disangai dan dikisar kering)

Bahan kisar:

  • 1 genggam cili kering (nak pedas, letak banyak, rebus dulu)
  • 5 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 biji tomato

Cara-cara buat kuah mee rebus:

1. Asingkan udang daripada kulit, kemudian kisar kulit udang dan tapis airnya. Simpan sedikit air rebusan untuk bancuh cucur udang. Separuh isi udang untuk kuah dan separuh lagi untuk cucur udang.

2. Selepas itu, rebus keledek merah dan kisar halus (semasa kisar, letak air banyak pun tak apa).

3. Rebus cili kering, kemudian angkat dan toskan.

4. Kisar cili kering yang telah direbus, bawang merah besar, bawang putih, halia dan tomato.

5. Tumis bahan kisar sampai naik minyak dan masukkan air asam jawa bersama keledek merah rebus, kemudian tumis lagi.

6. Masukkan air kulit udang, isi udang, sup bunjut dan air secukupnya.

7. Perasakan dengan garam dan gula supaya cukup rasa masam manisnya (kuah kena masak lama dengan api kecil, biar bahan semua mesra). Siap!

Cara-cara buat cucur udang:

1. Ambil sedikit air rebusan udang tadi dan cincang isi udang secara halus bersama daun kucai.

2. Bancuh dengan tepung, kunyit dan garam (biar cair-cair sedikit, nanti akan jadi garing).

3. Goreng nipis-nipis dan garing. Siap!

Setelah menyiapkan mee, kuah dan cucur udang, bolehlah anda lengkapkan hidangan Mee Rebus dengan bahan-bahan sampingan yang lazat mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Junainah Alimuslim

Baca juga: Resepi Mee Rebus Daging Dengan 5 Langkah, Sekejap Saja Dah Siap!

Aimi

Recent Posts

Teringin Kai See Hor Fun Ipoh? Ini Resipi Buat Kuah Sup Jernih Dengan Rasa Udang Yang Padu!

Kai See Hor Fun merupakan hidangan mi berkuah yang cukup popular di Ipoh, Perak. Hidangan…

1 hour ago

Tak Perlu Makan Di Kedai, Ini Resipi Nasi Khao Mok Thai Lengkap Dengan Ayam & Sosnya

Resepi nasi khao mok thai merupakan antara hidangan yang menarik untuk dicuba bagi penggemar masakan…

1 hour ago

Kuah Rojak Utara Pekat Dan Sedap, Ini Resipi Asli Tanpa Sos Cili Dan Bancuhan Tepung!

Rindu nak makan rojak dengan kuah yang pekat, manis, pedas dan cukup rasa? Rupanya, kuah…

2 hours ago

Rendang Ayam Cara Kampung, Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Makan!

Rendang ayam antara hidangan tradisional yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan kuah…

3 hours ago

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

4 hours ago

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

4 hours ago