PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-28 04:44:24
Bila dah selalu ke dapur, pasti sesekali ibu-ibu pening memikirkan apa hendak dimasak untuk juadah tengahari. Kalau asyik masak lauk yang sama jadi bosan pula. Betul tak? Haa apa kata hari ini ibu-ibu masak menu ‘special’ sikit untuk hidangan sekeluarga. Resipi kali ini kami bawakan Nasi Ayam Bakar daripada Doyanmasak. Memang sedap! Jom cuba!
Bahan-bahan:
• 300g beras
• Santan cair (sukatan seperti memasak nasi biasa)
• 1 batang sirih
• 2 lembar daun salam
• 1 lembar daun pandan
• Garam secukupnya
• 1 batang daun bawang
• 1 ikat kemangi (petik daunnya)
• Cili merah
Penyediaan Ayam:
• 400g dada ayam rebus (dicarik & asingkan air rebusannya)
• 2 lembar daun salam
• 1 batang sereh memarkan
• Garam
• Perasa
• Gula secukupnya
Penyediaan bumbu halus:
• 8 biji bawang merah kecil
• 5 siung bawang putih
• Cili merah besar
• Cili kering (optional)
• Sedikit halia dan kunyit
Cara-caranya:
- Mula-mula, masak beras bersama air santan, sirih, salam, daun pandan dan garam.
- Sementara menunggu nasi masak, tumiskan bumbu halus, daun salam dan sirih sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam rebus yang telah dicarik-carik tadi lalu taburkan sedikit garam, gula dan perasa secukupnya.
- Gaul-gaulkan sehingga sebati kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam. Tunggu sehingga bumbu meresap dan air agak mengering.
- Selepas itu, masukkan cili merah, hirisan daun bawang dan daun selasuh lalu adukkan sebentar sehingga masak.
- Apabila nasi sudah masak, letakkan nasi secukupnya di atas daun pisang, beri isian dan bungkus seperti lontong.
- Lalu bakar di atas kuali sehingga daunnya layu dan berwarna kecoklatan.
Siap! Sedia untuk disajikan untuk makan tengahari. Selamat mencuba!