Nasi ayam merupakan hidangan yang digemari ramai, dan setiap keluarga pasti mempunyai versi mereka sendiri. Hari ini kami akan kongsikan resipi nasi ayam thai yang diolah sedikit berbeza daripada resipi asal.
Hidangan ini tetap sedap dan menyelerakan meskipun sedikit derhaka pada resipi asal.
Jom baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Nur Fadila menerusi laman sosial Facebook.
Baca lagi: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!
Bahan-Bahan
Bahan Rebus Ayam:
Bahan Perap Ayam:
Bahan Masak Nasi:
Bahan Sos Kicap:
Bahan Sos Thai:
Kuah Sup Kosong:
Cara Penyediaan
1. Mulakan dengan merebus ayam bersama bawang putih, bawang holland, halia, sup bunjut Thai, dan garam. Biarkan ayam masak sepenuhnya.
2. Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
3. Perapkan ayam dengan kicap Jalen lemak manis dan sos tiram. Gaul rata dan ketepikan sementara menunggu.
4. Basuh beras dan tos. Dalam periuk, tumis bawang putih, bawang holland, dan halia dengan butter hingga wangi.
5. Masukkan beras dan gaul sebati. Tambahkan air rebusan ayam, garam, dan daun pandan.
6. Jika mahu nasi berwarna kuning, boleh titiskan sedikit pewarna kuning. Masak dengan api perlahan atau gunakan rice cooker.
7. Tumis bawang putih, bawang holland, dan halia dengan sedikit minyak hingga wangi.
8. Tambahkan air rebusan ayam, kicap Jalen lemak manis, dan sos tiram. Masak hingga mendidih.
9. Jika mahu kuah lebih pekat, bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah. Jika tidak, kuah pun sudah cukup sedap tanpa bancuhan tepung.
10. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam.
11. Goreng ayam dengan api kecil hingga ayam berkilat dan berwarna coklat kehitaman. Jangan goreng terlalu garing.
12. Blend bawang putih, cili api, cili besar merah, cili besar hijau, akar ketumbar, gula Thai, garam, aji, dan kicap sotong hingga menjadi pes kasar.
13. Tambahkan perahan limau nipis dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan rasa. Pastikan rasa pedas, masam, manis, dan masin seimbang.
14. Susun nasi dalam pinggan, letakkan ayam goreng di atasnya, dan tuang kuah sup di tepi.
15. Sajikan dengan sos kicap dan sos Thai di sampingnya. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.
Sumber: Nur Fadila
Baca lagi: Ayam Masak Petai Versi Thai, Punya Sedap Sampai Tak Perasan Suami Di Sebelah!
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…