Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Hainan, Semudah ABC Je Caranya!

Pasti ramai yang dah biasa masak nasi ayam kan? Apa kata kali ini jom cuba buat Nasi Ayam Hainan pula kalau bosan asyik masak nasi ayam biasa. Rasanya juga dijamin lebih sedap!

Caranya juga tidak susah mana, pertama kali buat pun confirm jadi. Kalau ada yang nak cuba, ikut je resipi hasil perkongsian oleh Zadariah Zakaria di bawah.

CARA BUAT NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sdt garam
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 inci halia – diketuk

Cara-cara masak ayam:

  1. Rebus semua bahan-bahan di atas selama 25 minit. Letakkan air sehingga tenggelam ayam.
  2. Angkat ayam dan letak dalam air berisi ais. Rendam selama 30 minit.
  3. Kemudian toskan dan lumur minyak bijan. (air rebusan ayam jangan buang)

Bahan-bahan nasi:

  • 3 cawan beras
  • 1/2 beras pulut – basuh & tos (tak ada pun tak apa, kalau letak lagi sedap)
  • 1 helai daun pandan
  • Lemak-lemak ayam
  • 1 senduk kecil minyak
  • Halia tumbuk
  • Stok ayam (air rebus ayam hadi)

Cara-cara masak nasi:

  1. Panaskan minyak, masukkan lemak ayam dan masak sehingga lemak ayam cair.
  2. Kemudian masukkan daun pandan dan halia yang sudah ditumbuk. Kacau rata.
  3. Letakkan beras dan gaul dalam 3 minit. Masukkan stok ayam tadi dalam 3 cawan atau sukat macam nasi biasa.
  4. Tambah garam sedikit sehingga cukup rasa. Masak nasi sehingga masak.

Cara-cara buat air cili merah:

  1. Dalam pengisar, satukan cili besar merah, cili padi merah, 1/2 labu bawang holland, bawang putih, cuka, guła, sedikit garam, sedikit ajinamoto dan stok ayam rebus tadi.
  2. Kisar semua bahan sehingga hancur.

Cara-cara buat pes halia:

  1. Tumbukkan halia. Masukkan batang daun bawang yang baki tadi dan tumbuk sehingga hancur.
  2. Masukkan sedikit minyak masak, tuang panas-panas ke dalam pes tadi. Gaul rata.

Cara-cara buat sayur taugeh:

  1. Siram tougeh dengan air panas. Toskan (air jangan buang). Ketepikan taugeh.
  2. Satukan air tougeh, air rebusan ayam, kicap masin cair, kicap kipas udang manis, sedikit cukup rasa dan minyak bijan.
  3. Campurkan semua bahan ini dan curah ke atas taugeh dan ayam.

Bahan-bahan lain:

  • Daun limau purut (potong)
  • Cili padi (potong)

Kredit: Zadariah Zachary

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

2 days ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

2 days ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

2 days ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

2 days ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

2 days ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

2 days ago