Categories: Resipi

Resipi Mudah Sotong Sumbat Telur, Sangat Lazat & Menyelerakan

Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Apa kata jom cuba resipi sotong sumbat masak telur yang sangat lazat dan menyelerakan ini.

Makan satu ekor confirm tak cukup sedap sedap sangat! Bolehlah cuba buat untuk seisi keluarga nanti.

Cara membuatnya juga sangat mudah, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Mira Khan di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan:

  • 6 ekor Sotong saiz medium
  • 1 bawang merah saiz medium – potong dadu kecil
  • *4 telur gred A
  • *3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) – potong kecil
  • *Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) – cincang halus
  • *Carrot (suka hati nak letak banyak mana) – cincang halus
  • Maggi cukup rasa
  • Pencungkil gigi/lidi

Cara-cara:

  1. Masukkan semua yang bertanda (*) dan kacau sebati. Kemudian, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.
  2. Masukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Kemudian masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.
  3. Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.
  4. Ambil kepala sotong dan letak kat tempat asal dia. Kemudian cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong supaya telur tak terkeluar.
  5. Boleh bakar atas arang, boleh masak atas kuali ataupun guna air fryer.
  6. Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Resipi sos thai serbaguna:

Bahan-bahan:

  • Sos thai yang ada gambar makcik tu
  • Bawang putih – cincang halus
  • Cili padi merah – potong kecil
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Gula
  • Air limau nipis

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan di atas. Siap! (sukatan agak-agak)

Kredit: Mira Khan

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

3 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

7 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

8 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

10 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

10 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

10 hours ago