PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-24 02:05:11

Mi kicap ini dahulunya merupakan makanan popular masyarakat Cina di ipoh dan kini sudahpun menjadi antara menu kegemaran masyarakat Malaysia. Namun, tidak semua restoran yang menghidangkan menu Mi kicap ini kena dengan rasa tekak sendiri. Haa, apa kata korang cuba sendiri resipi mi kicap daripada Wan Luqman ini. Persis macam rasa Mi kicap asli! Sedap pun sedap. Jom cuba!


Kredit: Wan Luqman
 

Bahan perap:

  • Isi ayam
  • Cili kisar
  • Gula
  • Bawang putih
  • Kicap cili
  • Rempah herba
  • Kicap cair

Caranya:

  1. Perapkan kesemua bahan selama 1 jam. Selepas satu jam, boleh pilih sama ada nak dibakar, digoreng atau di’grill’ kan.


    Kredit: Wan Luqman


    Kredit: Wan Luqman

     

Bahan-bahan:

  • Mee wantan (Pastikan halal)
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Chickec stock
  • Lasa sulah
  • Fish cake/Fishball
  • Minyak bijan
  • Minyak bawang
  • 2 sudu besar kicap air
  • 1 sudu besar kicap caramel
  • Sedikit gula

 

Cara-caranya:
 

  1. Untuk membuat minyak bawang putih, panaskan minyak masak kemudian masukkan bawang putih. Gaul-gaul bagi mengelakkan bahan tumis terhangit.


    Kredit: Wan Luqman
     

  2. Apabila sudah bertukar warna keperangan keemasan, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk. Jangan sampai bawang menjadi gelap.
     
  3. Untuk penyediaan sup pula, Rebuskan air dan letakkan chicken stok, lada sulah dan fish cake, fish ball dan bahan-bahan steamboat yang lain mengikut citarasa sendiri. Titiskan juga sedikit minyak bijan dan minyak bawang.


    Kredit: Wan Luqman
     

  4. Untuk kicap pula, ambilkan minyak bawang putih tadi. Tumis bersama kicap cair, kicap karamel dan sedikit gula yang telah disediakan.


    Kredit: Wan Luqman
     

  5. Kemudian ambil sedikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap.


    Kredit: Wan Luqman
     

  6. Leraikan dulu wantan mee yang bergumpal sebelum dicelur dan kemudian didihkan air dalam periuk. Titiskan minyak masak kemudian baru celurkan wantan mee selama 10 saat.


    Kredit: Wan Luqman
     

  7. Pastikan anda kerap mengacaunya supaya tidak melekat. Selepas itu, celurkan dalam air sejuk dan toskan.


    Kredit: Wan Luqman

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN