mi kari chinese style

Tiada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak? Menu Mi Kari Chinese Style ini antara hidangan mudah dan sedap yang anda boleh cuba disediakan.

Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini agak mild, kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Memang sedap. Jom cuba resipi hasil perkongsian saudara Ahmad Shukri Shukor di bawah.

CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning – dicelur

BAHAN KUAH:

  • 100gm cili kering – rebus dan kisar
  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 kotak kecil santan
  • Tauhu apung
  • Fish cake

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
  2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
  5. Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.

BAHAN SAMBAL:

  • 300gm cili kering – rebus
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
  2. Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.

BAHAN HIASAN:

  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Sambal
  • Limau Nipis (potong separuh)

Kredit resipi: Ahmad Shukri Shukor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN