mi belacan sarawak

Mi belacan Sarawak merupakan salah satu hidangan kegemaran dari negeri Bumi Kenyalang. Rasanya yang unik, pekat dengan rempah dan belacan memang buat sesiapa yang mencubanya terangkat!

Kalau makan hidangan ini, pasti teruja dan tak boleh berhenti. Bagi anda yang belum pernah mencuba, jangan risau! Di sini kami kongsikan resipi mi belacan Sarawak versi Cik Puan Dayang Zuliana.

Selain itu, untuk aroma yang lebih wangi, semasa menumis, masukkan gula apong, gula melaka, atau gula pasir terlebih dahulu supaya bahan tumisan lebih cantik dan naik baunya.

Jom lihat resipi di bawah ini.

Baca lagi: Ketam Masak Telur Masin, Nak Warna Cantik Keemasan Tambah Serbuk ‘Ini’

RESIPI MI BELACAN SARAWAK

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus bihun (direndam & dicelur)

Bahan Kuah:

  • 5-6 ulas bawang merah (kalau nak lebih, lagi sedap!)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 10 tangkai cili kering (boleh kurangkan kalau tak mahu pedas)
  • 1 sudu besar belacan (lebih sedap guna belacan Bintulu)
  • Sedikit udang kering
  • 1 liter air (lebihkan jika perlu)
  • Gula apong atau gula melaka
  • 2 sudu besar otak udang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis & kicap masin (ikut jenama pilihan)
  • 1 kiub pati ayam
  • 3-4 keping asam keping (boleh tambah jika suka lebih masam)

Bahan Sampingan:

  • Taugeh (dicelur)
  • Timun (dihiris nipis)
  • Telur padi (dibelah dua atau empat)
  • Sotong kembang (dicelur & dihiris nipis)
  • Limau kasturi (dibelah dua)
  • Kacang tanah (digoreng atau disangai dan ditumbuk manja)

Cara Memasak:

1. Kisar halus bahan-bahan bertanda (*) iaitu bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, belacan, dan udang kering.

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan asam keping, kicap, sos tiram, otak udang, gula apong atau gula melaka, kiub pati ayam, dan air.

4. Perasakan kuah dengan menyesuaikan rasa masin, manis, dan pedas mengikut selera anda.

5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Dayang suka kuah yang sederhana, tidak terlalu pekat atau cair.

6. Bila kuah sudah siap, angkat dan hidangkan bersama bihun yang telah dicelur, serta bahan sampingan seperti taugeh, timun, telur padi, sotong, limau kasturi, dan kacang tanah.

Sambal Cili:

  • Cili kering (ikut selera, nak pedas lebih boleh tambah)
  • Sedikit belacan yang dibakar

Cara penyediaan:

1. Kisar cili kering bersama belacan kemudian tumis hingga pecah minyak.

2. Tambahkan sedikit serbuk perasa secukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Dayang Zulaina 

Baca lagi: Kek Lapis Asam Manis, Lembutnya Lebih Sempurna Dengan Cara Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN