resipi mee sanggul

Pelbagai jenis hidangan mi tersedap yang ada di Malaysia dan kami rasa ramai yang masih belum tahu tentang resipi Mee Sanggul yang cukup mudah.

Mee Sanggul sebenarnya lebih kurang sama seperti spaghetti fettucini iaitu bentuknya yang lebar dan panjang membuatkannya sedap dimakan dengan hidangan yang berkuah.

Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja

Ia dipanggil Mee Sanggul kerana bentuk mee ini yang sama seperti sanggul (sebelum direndam). Selain itu, ia mempunyai keistimewaan untuk menyerap kuah yang enak.

Antara hidangan yang menggunakan mee sanggul sebagai asasnya adalah seperti mee hailam, tapi kami baru saja menjumpai resipi yang paling mudah dibuat di rumah.

Shariatul Alia telah kongsikan resipi Mee Sanggul Tumis Ayam di Facebook yang cukup mudah tanpa langkah yang banyak. Jom kita cuba!

RESIPI MEE SANGGUL TUMIS AYAM

resipi mee sanggul

Bahan-bahan:

  • Mee sanggul
  • Ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk lada hitam
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam ikut banyak mana yang disukai, kemudian masukkan ayam dan tumis sampai masak elok.

3. Seterusnya, masukkan air sehingga tenggelam mee sanggul sebungkus (saya letak sebungkus setengah untuk 4 orang makan), kemudian masak sehingga mee lembut.

4. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang, kemudian perasakan dengan garam secukup rasa dan matikan api dapur. Siap untuk dihidang!

resipi mee sanggul

Lihat sendiri betapa mudahnya resipi Mee Sanggul Tumis Ayam ini sampaikan ramai yang memuji kesedapannya. Manalah tahu sudah bosan dengan nasi, boleh cuba hidangan ini pula nanti.

Resipi ini bukan saja sesuai buat seisi keluarga, malah ia juga merupakan pilihan tepat sebagai hidangan untuk tetamu atau berkelah bersama orang tersayang. Makan panas-panas lagi terangkat!

Selamat mencuba!

Sumber: Shariatul Alia

Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN