resipi lotus biscoff cheesecake

Resipi lotus biscoff cheesecake memang terkenal dan ramai yang ingin cuba sendiri di rumah. Paling best, resipi ini tidak memerlukan pembakaran dan tidak leceh untuk dibuat.

Penyediaan pun tidak mengambil masa yang lama! Agak-agak lotus biscoff cheesecake sudah sejuk, anda boleh terus nikmatinya.

Jom lihat resipi lengkap di bawah ini yang cukup untuk menghasilkan kira-kira 6 bekas kecil.

Baca lagi: Resipi Capati Lembut, Rupanya Kena Ada Teknik & Tepung Yang Betul!

RESIPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Bahan-Bahan:

  • 400g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125ml whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing
  • 90g butter (dicairkan)
  • 200g Lotus Biscoff spread
  • 15 keping biskut Lotus Biscoff

Cara Penyediaan:

1. Hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga menjadi serbuk atau crumble.

2. Cairkan butter di atas dapur dengan api kecil, kemudian masukkan biskut yang telah dihancurkan dan gaul hingga sebati.

3. Masukkan campuran ini ke dalam loyang pilihan anda. Tekan dan ratakan hingga menjadi lapisan base yang padat. Ketepikan.

4. Dalam bekas besar, campurkan cream cheese, esen vanilla, dan 2 sudu besar Lotus Biscoff spread. Pukul hingga adunan menjadi sebati dan berkrim.

5. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream bersama gula icing hingga kembang dan berbuih.

6. Campurkan adunan cream cheese tadi ke dalam adunan whipping cream dan gaul rata. Pastikan ia sebati untuk tekstur yang lebih halus.

7. Tuangkan adunan ini di atas base biskut yang telah disediakan dalam loyang. Ratakan permukaannya.

8. Cairkan lebihan Lotus Biscoff spread di atas dapur dengan api perlahan hingga cair dan berkrim. Tuangkan topping ini ke atas lapisan keju tadi untuk menghasilkan lapisan atas yang cantik dan beraroma.

9. Sejukkan cheesecake dalam peti sejuk selama beberapa jam atau lebih baik, biarkan semalaman supaya tekstur cheesecake menjadi padat dan rasa menyerap dengan sempurna.

resipi lotus biscoff cheesecake

Selamat mencuba!

Sumber: Jiha Jihah

Baca lagi: Kepak Ayam Goreng Rangup Tanpa Telur, Sedapnya Lain Dari Yang Lain!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN