Biasanya kita akan makan nasi impit dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang kan? Tetapi lain pula hidangan lontong goreng yang sering menjadi menu utama ketika perayaan hari raya Aidilfitri di negeri Johor.
Jika ada lebihan nasi impit, jangan dibuang ya. Anda boleh olah kepada lontong goreng. Mudah saja resepi lontong goreng ni, macam kita goreng nasi atau mi seperti biasa.
Kalau dah pandai masak sendiri, dah tak perlu tunggu raya baru nak merasa lontong goreng Johor ni kan. Anda masak sendiri sahaja di rumah.
1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.
4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…