lidah goreng kunyit

Sedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.

Cara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!

Siapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Cara Cuci Perut Lembu, ‘Confirm’ Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni

Artikel berkaitan: Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar

CARA MASAK LIDAH GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:

  • Lidah lembu
  • Gula
  • Halia

Bahan perap:

  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.
  2. Bila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.

    lidah goreng kunyit

  3. Kemudian baru potong mengikut cara masing-masing.

    lidah goreng kunyit

  4. Tumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.

  5. Perap selama 10 hingga 15 minit.
  6. Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas.
  7. Masukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).

  8. Goreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.

    lidah goreng kunyit

Kredit: Haliza Zainol

Artikel berkaitan: Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan

Artikel berkaitan: Cara Buat Singgang Daging Sedap & Lazat, Raya Haji Nanti Boleh Cuba Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN