PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-08 02:56:27
Kebiasaannya lempeng menjadi kegemaran makanan orang dulu-dulu di waktu petang. Makanan ini bukan sahaja sedap malah memang mudah disediakan. Hanya dengan memakannya begitu saja sudah cukup menaikkan selera kita. Apa kata petang ini korang cuba lempeng legend yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini. Nampak macam sedap je!
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
Cara-caranya:
- Masukkan tepung, air dan garam yang telah disediakan ke dalam mangkuk yang besar. lalu adunkan sehingga semua bahan rata dan sebati. Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan memasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Setelah siap diadun atau dikisar, panaskan kuali dan oles sedikit minyak masak.
- Kemudian, tuangkan 1 ke 2 senduk adunan lempeng. Ratakan padan permukaan kuali tersebut.
- Balik-balikkan adunan lempeng sehingga ia masak dan bertukar warna keperangan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati mengikut cita rasa masing-masing.
Kredit: Mas Cotek
Siap! Selamat mencuba!