resipi kuih lopes

Resipi kuih lopes gula melaka sukatan cawan ini memang mengundang selera dengan gabungan manisnya gula melaka dan kelembutan kuih ini.

Dalam artikel ini, MyResipi akan berkongsi resipi yang mudah, jadi sesiapa pun boleh menikmati kuih Lopes ini tanpa ada rasa susah nak membuatnya.

Baca juga: Kuih Nona Manis Anti Gagal, Sedap Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini

Tidak perlu pening kepala mengira berat bahan, kerana dengan panduan ini, anda dapat mencuba resipi kuih lopes air gula melaka sukatan cawan di rumah sendiri.

Mari kita lihat cara-cara penyediaan kuih ini menerusi resipi dari Puan Ni Aini dan belajar cara membuat hidangan yang pasti memuaskan selera.

RESIPI KUIH LOPES GULA MELAKA PALING SEDAP

resipi kuih lopes

Gambar sekadar hiasan.

Bahan-bahan kuih lopes:

  • 2 cawan beras pulut susu
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air daun pandan – dikisar beberapa helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • Kelapa parut – gaul dengan sedikit garam

Cara-cara:

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.

2. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.

3. Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak rata. Kukus seketika lagi sebelum diangkat. Sejukkan seketika.

4. Ambil daun pisang yang dipotong panjang dan layur sekejap atas api.
5. Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki dan gulungkan daun tersebut dua atau tiga lapis. Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan. Ikat dengan benang atau tali rapia.

6. Susun di atas periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit atau lebih. Sejukkan dan potong dengan menggunakan benang yang ditegangkan dikedua dua belah atau menggunakan pisau sahaja.

7. Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.

8. Sedia untuk dihidangkan bersama air gula Melaka yang telah disejukkan.

Nota tambahan:

  • Boleh juga dimasukkan pulut yang telah masak ke dalam bekas 4 persegi dengan plastik/daun pisang.
  • Tuang pulut ke dalamnya dan ditekan padat padat dengan plastik/daun pisang.
  • Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai.
  • Sementara pulut dikukus, bolehlah disediakan air gula. Hidangkan kuih lopes dengan air gula yang disejukkan.

Bahan bahan air gula melaka:

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.

2. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

Nota tambahan: Lebih sedap jika air gula Melaka disejukkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Ni Aini

Baca juga: Tip Buat Kuih Ketayap Lebih SEDAP, Rongga-Rongga Kuih Itu Yang Main Peranan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN