Resipi kuah kacang tak semestinya perlu dibuat ketika waktu perayaan sahaja. Nak makan waktu tengahari sekejap lagi pun, tiada masalah.
Resipi kuah kacang ini merupakan versi sangat senang untuk anda yang baru berlajar. Jangan lupa, beli kukus nasi impit sekali barulah sedap nak makan.
Jom tengok resipi oleh Cik Puan Che’ Syazwani menerusi laman sosial Facebook di bawah.
Baca juga: Tips Kenal Jenis Kuih Koci, Dengar Nama Pun Dah Tahu Yang Mana Satu
Bahan-bahan:
Bahan Perapan Ayam (tumbuk):
Cara-cara:
Perapan Ayam:
1. Tumbuk bahan perapan ayam dan gaul bersama ayam. Masukkan sedikit garam.
2. Perap selama setengah jam atau lebih lama untuk rasa yang lebih sedap.
3. Goreng ayam separuh masak dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
Kuah Kacang:
1. Sangai kacang (goreng tanpa minyak). Kisar atau tumbuk kacang mengikut kesukaan, nisbah 2/3 lumat dan 1/3 kasar.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, jintan, halia, dan lengkuas. Tumis semua bahan yang telah dikisar termasuk cili boh.
3. Masukkan serai dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kacang, asam keping, nise, dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak dan kuah nampak cantik.
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
7. Rasa kuah dan pastikan ia lemak-lemak manis. Tambah nise jika suka rasa manis atau ikut citarasa sendiri.
Tip:
Sambal kacang yang dimasak pada waktu malam dan dimakan keesokan harinya akan lebih umphh rasanya.
Sumber: Che’ Syazwani
Baca juga: Resepi Kuih Cara Berlauk, Inti Melimpah Ruah Begini Jadi Puas Makan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…