Selepas berpuasa hampir 14 jam, sedapnya kalau waktu berbuka dapat minum koktail buah campur yang sejuk-sejuk!
Dengan rasa buah yang menyegarkan, kuahnya yang manis dan berlemak memang padu betul. Bukan setakat anak-anak, yang dewasa pun suka.
Anda boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Bella Jaafar di bawah.
Baca juga: Buah Kurma Campur Butter Viral, Memang Tak Berhenti Makan Dibuatnya!
1. Asingkan buah-buahan dari airnya dan masukkan terus ke dalam balam bekas. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan semua bahan-bahan cair (kuah dari tin buah peach, mix fruit, nata de coco dan susu cair).
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
4. Satukan tepung kastard dengan air sehingga sebati. Kemudian baru dimasukkan ke dalam periuk tadi supaya tiada tidak berketul dan hangus (nak bagi kuat pekat sikit).
5. Bila semua sudah disatukan, baru hidupkan api perlahan. Masak kuah sehingga sebati, tak perlu panas sangat.
6. Sejukkan kuah. Bila kuah dah sejuk, tuangkan ke dalam mangkuk campuran buah-buahan tadi.
7. Bila nak makan, letakkan ais dalam mangkuk dan cedokkan koktail. Selamat mencuba!
Kredit: Bella Jaffar
Baca juga: Cara Buat Puding Buah Kastard SEDAP, Resipi Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…