Bagi peminat K-Drama, mesti korang dah tengok drama Extraordinary Attorney Woo yang dibawa oleh Park Eun Bin, kan?
Dalam drama ini, Park Eun Bin membawa watak sebagai peguam Woo Young Woo. Bukan peguam biasa, Young Woo adalah peguam yang mempunyai autistik atau autism spectrum disorder.
Uniknya dalam drama ini, peguam autism ini sangat sukakan kimbap. Bila tengok dia makan, min pun terasa nak mengunyah sekali.
Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce
Ah jom kita cuba buat, nak buat bekal untuk anak-anak dan suami pun boleh.
Resipi Kimbap
Bahan nasi dan perasa:
- Beras sumo atau beras biasa je dalam 2 cawan (masak nasi lembik-lembik sikit nanti untuk hasil roll yang cantik)
- Air 3 cawan
- Cuka 2 sudu makan
- Gula 1 sudu makan
- Mayonis 3 paket
- Sedikit garam
Bahan-bahan lain:
- Nori/seaweed
- Sosej yang dah siap direbus
- Filamen stick juga siap direbus
- 1 batang timun jepun
- Telur dadar dipotong panjang
Cara-cara membuatnya:
1. Mula-mula sediakan nasinya dahulu. Cuci beras bersih-bersih, dan masak dalam periuk nasi. Lebihkan air untuk dapatkan nasi yang lembik.
2. Dalam bekas lain, satukan cuka, garam dan gula. Kacau sebati sehingga larut.
3. Bila nasi dah masak, masukkan bahan yang kita dah satukan tadi, dan juga mayonis. Kemudian gaul dengan nasi.
4. Selepas tu sedia untuk buat roll kimbap.
5. Bentangkan bamboo mat.
6. Letak nori/seaweed. Kemudian ambil nasi dan ratakan kat atas permukaan seaweed.
7. Susun bahan-bahan isinya.
8. Dan gulung dengan ketat dan mampat.
9. Lepas tu buka bamboo mat, dan keluarkan roll kimbap tadi.
10. Potong ikut saiz yang tak terlalu nipis.
Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba~