Hari ini kami kongsikan resipi kepak ayam goreng yang sangat mudah tetapi rasanya terlalu sedap dan pasti menjadi rebutan ramai.
Kepak ayam ini istimewa kerana perapan rempahnya yang betul-betul meresap hingga ke tulang, menjadikannya sangat lazat dan sempurna.
Di dalam resipi ini sekiranya anda suka ayam yang lebih pedas, boleh tambah lagi serbuk cili dengan perapan.
Baca lagi: Cara Buat Doh Pizza Tanpa Uli, Tetap Rangup Dan Lembut Hasilnya!
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan:
1. Cuci kepak ayam dengan bersih dan toskan hingga kering.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan: serbuk cili, All Purpose Seasoning, serbuk kunyit, serbuk kari ikan, serbuk lada hitam, serbuk perasa, garam, bawang putih yang ditumbuk halus, dan daun kari.
3. Gaulkan kepak ayam bersama perapan ini sehingga semua bahagian ayam dilitupi rempah dengan rata.
4. Perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit. (Jika ada masa lebih, perapkan semalaman di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan meresap hingga ke tulang.) Ini juga akan menjadikan ayam lebih lembut dan sedap apabila digoreng.
5. Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali. Pastikan minyak benar-benar panas sebelum memasukkan ayam supaya kulit ayam menjadi rangup. Goreng kepak ayam dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga keemasan dan masak sepenuhnya.
6. Setelah ayam goreng keemasan dan rangup, angkat dan toskan minyak berlebihan. Taburkan daun kari goreng di atas ayam sebagai hiasan dan untuk tambahan rasa wangi.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca lagi: Resipi Lontong Goreng Kegemaran Ramai, Makan Sekali Confirm Teringat-Ingat
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…