PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-07 05:01:59
Sementara menunggu masa untuk kembali semula ke kampus, pasti para pelajar universiti tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin bersama keluarga. Ada yang pergi makan angin, dan ada juga memilih untuk melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah seperti belajar memasak.
Haa, sambil-sambil itu boleh lah para pelajar cuba membuat kek kukus coklat ini. Caranya mudah sahaja, hanya gunakan sukatan cawan! Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Nor Juliana menerusi Buku Resipi.
Bahan-bahan:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak
- 3 biji telur
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 5 minit. Kemudian, panaskan air dalam periuk kukusan.
Bahan-bahan ayak:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
- Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas dan kemudian masukkan tepung. Gauklkan sehingga rata.
- Kemudian, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang.
- Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
- Untuk memastikan sama ada kek sudah masak, cucuk lidi atau garpu ke dalam kek tersebut. Jika teksturnya sudah tidak melekat-lekat, ini bermakna kek sudah cukup masak.
Siap! Penyediaan yang sangat mudah. Selamat mencuba!