Jom cuba resipi kek coklat moist yang gebu ini. Rasa kek ini juga kurang manis, sesuai untuk orang yang bukan penggemar manis. Bila makan banyak pun tak akan rasa muak.
Kalau buat sendiri memang puas hati. Sekali buat boleh dapat berbekas-bekas, jom cuba! Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ummydarwisha Mansor di bawah.
Baca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A:
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- Setengah cawan susu pekat
Campurkan semua bahan A. Masak atas api kecil sehingga larut.
Bahan B:
- Secawan tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
Satukan semua bahan B dan ayakkan.
Bahan C:
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanilla
Masukkan bahan C dalam blender. Kisar sampai putih.
Cara-cara:
- Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
- Masukkan adunan ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar atau bekas pilihan masing-masing.
- Sebelum kukus, panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Kukus selama 15 minit.
Bahan-bahan topping coklat:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu pekat
- Setengah cawan susu cair
Cara-cara:
- Satukan semua bahan. Masak menggunakan kaedah double boiler. Suamkan dahulu topping coklat sebelum dituangkan ke atas kek.
- Hiaskan dengan coklat rice untuk hiasan.
Selamat mencuba!
Kredit: Ummydarwisha Mansor