Resipi kek coklat moist ini sangat mudah dibuat, hanya menggunakan kaedah kacau dan kukus. Sangat sesuai yang tiada mixer atau blender di rumah.
Walaupun hanya menggunakan kaedah kukus, tapi hasilnya tetap moist dan rasanya tidak berkurang walau sedikit. Masih sedap dimakan.
Jom baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Zana Anuar menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Rahsia Pajeri Terung Yang Kaw, Jangan Tumis Bahan Tumbuk Dengan Rempah
RESIPI KEK COKLAT MOIST TANPA ELEKTRIK
Bahan-bahan:
- 1 cawan serbuk koko (diayak)
- 1 cawan minyak (minyak jagung atau minyak biasa)
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 biji telur (saiz B)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil serbuk Indocaffe (dibancuh dengan 1/4 cawan air panas)
- 1 1/2 cawan tepung superfine (diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat)
- Sedikit garam halus
Cara-cara membuat:
1. Campurkan serbuk koko, minyak, gula, susu cair, dan susu pekat dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati, kemudian buka api dan masak sekejap hingga gula larut. Tutup api dan biarkan adunan suam.
3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan suam, kacau hingga sebati.
4. Tambahkan esen vanila dan serbuk Indocaffe yang telah dibancuh. Kacau rata.
5. Ayak tepung superfine bersama soda bikarbonat.
6. Masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. Tambahkan sedikit garam untuk memberi rasa lemak. Kacau hingga sebati.
7. Sapukan sedikit planta pada acuan besar. Untuk acuan cupcake, tidak perlu disapu planta.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bungkus dengan plastik wrap.
9. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih.
10. Kukus adunan selama 30 minit untuk acuan cupcake dan 45 minit atau sehingga masak untuk acuan besar.
11. Untuk memastikan kek sudah masak, cucuk dengan lidi. Jika tidak melekat, kek sudah siap.
Topping:
- Campurkan serbuk koko, susu cair, sedikit susu pekat manis, sedikit air panas, coklat coin, dan 2 sudu besar butter.
- Kacau hingga sebati dan kilat.
- Taburkan manik coklat dan hiasan lain mengikut citarasa.
Selamat mencuba resipi kek coklat moist ini dan semoga hasilnya memuaskan hati anda!
Sumber: Zana Anuar
Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Rupanya Tidak Perlu Perap Doh!