Kalau sedang cari resipi kek batik sedap yang rasa coklatnya lebih pekat dan ada tekstur rangup daripada biskut Marie, boleh cuba versi ini. Cara membuatnya pun mudah kerana semua bahan hanya perlu dimasak dalam satu kuali.
Kek batik ini menggunakan serbuk air coklat sebagai bahan utama untuk menghasilkan rasa coklat yang lebih terasa, biasanya orang guna serbuk koko kan? Campuran butter dan susu pekat pula menjadikan teksturnya lebih lemak dan manis, tetapi sukatan susu pekat boleh diubah mengikut selera.
Menariknya, biskut marie hanya dimasukkan selepas campuran coklat mula berbuih. Selepas digaul sebati, adunan boleh terus dimasukkan ke dalam bekas dan disejukkan sebelum dipotong.
Baca juga: Cara Membuat Donat Lembut 2 Hari, Rupanya Ini Kunci Supaya Kekal Gebu
RESIPI KEK BATIK SEDAP

Bahan-bahan:
- 1 paket biskut marie (dipatahkan 4)
- 1 ketul butter (anggaran 225–250g)
- 200g serbuk air coklat
- 1 penutup esen vanilla (jika suka)
- 1/3 tin susu pekat (jika suka rasa lebih manis, boleh gunakan 1/2 tin susu pekat)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan butter, serbuk air coklat, esen vanilla dan susu pekat ke dalam kuali. Jangan buka api terlebih dahulu.
- Selepas semua bahan dimasukkan, buka api perlahan.
- Kacau sehingga semua bahan sebati dan campuran coklat mula berbuih.
- Bila campuran mula berbuih, masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan dan terus tutup api.
- Gaul biskut bersama campuran coklat sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai dan ratakan.
- Biarkan kek batik sejuk dan set sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber: Ekin Ramli
Baca juga: Resipi Kek Span Versi Bajet, Gebu Gebas & Lembut Elok Walaupun Guna Bahan Ringkas
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

