kari telur kentang

Sedapnya, lama tak makan Kari Telur Kentang. Lagi-lagi kalau kuah pekat, memang umphh orang kata.

Bagi yang suka lauk ini, saudari De Norms ada berkongsikan resipi kari telur berkuah pekat dan tak muak.

Menurutnya juga, resipi ini ada kisahnya yang tersendiri di mana rakan kerjanya yang berbangsa India pernah meminta beliau memasak lauk ini kerasa rasanya yang mirip dengan masakan mendiang ibunya.

RESIPI KARI TELUR KENTANG

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam (rebus)
  • 5 biji kentang (kupas, belah 4, basuh & toskan)
  • 10 batang daun kari (buang batang & cuci)
  • Bawang besar (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 5 sudu makan kari ayam jenama babas
  • 3 sudu makan kari ikan jenama babas
  • 4 sekawan (2 batang kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 4 biji bunga cengkih, 4 biji kecil buah pelaga)
  • 2 keping kecil asam keping
  • 1½ santan kotak (200gm)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak.

2. Masukkan 4 sekawan, 8 sudu makan bawang besar kisar, 3 sudu makan bawang putih kisar dan 1½ sudu makan halia kisar.

3. Tumis dalam 5 minit menggunakan api kecil.

4. Masukkan daun kari, biarkan sehingga bau daun kari naik semerbak. Kacau sekali sekala dalam 10-15 minit.

5. Campurkan terlebih dahulu serbuk kari ayam dan ikan ke dalam mangkuk bersama sedikit air untuk sebatikan. Biar pekat dan cair. Kemudian, masukkan serbuk kari ayam babas dan serbuk kari ikan babas ke dalam periuk. Kacau rata.

6. Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa sehingga pecah minyak untuk elakkan hangit. Api dapur sederhana. (ambil masa sikit nak tunggu pecah minyak).

7. Masukkan kentang yang sudah dibelah. Kacau guna sudip kayu leper supaya kenyang tidak hancur.

8. Hancurkan dan masukkan kiub pati ayam. Masukkan juga asam keping, kacau rata.

9. Bila kari dah pecah minyak, masukkan santan. Kacau sekali sekala sehingga santan pecah minyak.

10. Perasakan dengan garam.

11. Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan telur rebus.

12. Dah boleh tutup api. Selamat mencuba!

Nota:

  1. Sukatan bahan anggaran sahaja, boleh ubah ikut citarasa.
  2. Bila dah siap masak, ambil tisu dapur untuk serap minyak atau guna senduk untuk keluarkan lebihan minyak dalam kari.

Kredit: De Norms Latorel

Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN