Categories: Resipi

Resipi Kari Ayam Perap, Cara Macam Ini Supaya Elak Cepat Muak

Resipi kari ayam perap ini istimewa kerana ia tidak seperti kari biasa yang kaya dengan rempah kari semasa menumis, tetapi ayamnya diperap terlebih dahulu dengan rempah kari selama dua jam.

Proses perapan ini menghasilkan kari yang lebih lembut, tidak terlalu mempunyai rasa kuat kari dan tidak mudah membuatkan kita rasa muak. Walaupun tidak menyerupai kari mamak, rasanya tetap sedap dan ‘flavourful‘.

Air ayam yang keluar semasa memasak nanti akan bergabung dengan rempah perap, menjadikan kuah kari lebih sedap tanpa perlu terlalu banyak rempah.

Jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Sambal Daging Bersantan, Belum Siap Masak Dah Tak Sabar Nak Makan!

RESIPI KARI AYAM PERAP

Bahan-Bahan:

  • Ayam seekor (dipotong mengikut saiz pilihan)
  • Kentang (beberapa biji, dipotong)
  • Rempah kari ayam (untuk perapan dan menumis)
  • 8 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • Seinci halia (dihiris)
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga)
  • Daun kari (secekak)
  • Kerisik kelapa (untuk memekatkan kuah)
  • Santan (ikut kepekatan yang diingini)
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula, perap ayam bersama rempah kari ayam selama sekurang-kurangnya 2 jam. Pastikan rempah kari disapu rata pada setiap bahagian ayam supaya ia meresap sepenuhnya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dihiris bersama rempah 3 sekawan dan daun kari. Tumis sehingga naik bau harum dan bahan-bahan menjadi sedikit garing.

3. Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap. Gaul sebati dan biarkan air ayam keluar bersama rempah perap. Proses ini penting kerana air ayam yang keluar akan menambahkan rasa kepada kuah kari. Jangan terburu-buru untuk menambah air pada peringkat ini, biarkan ayam masak dengan air yang dikeluarkan sendiri.

4. Selepas beberapa minit, masukkan kentang yang telah dipotong ke dalam kuali bersama ayam. Tambahkan 3 sudu besar rempah kari lagi (untuk seekor ayam) bagi mempertingkatkan rasa kari. Teruskan mengacau sehingga semua bahan sebati dan ayam separuh masak.

5. Setelah ayam dan kentang separuh masak, masukkan sedikit air untuk memastikan kuah tidak terlalu kering. Namun, pastikan air tidak terlalu banyak sehingga menenggelamkan ayam. Kari ini sepatutnya mempunyai kuah yang tidak terlalu cair atau pekat.

6. Setelah itu, tambahkan kerisik kelapa untuk memekatkan kuah dan memberi rasa yang lebih lemak. Jangan lupa masukkan santan untuk kuah yang lebih berkrim.

7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa untuk menyeimbangkan rasa kari. Biarkan kari direneh dengan api perlahan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya.

8. Setelah kari siap dimasak, matikan api dan biarkan seketika sebelum dihidangkan. Hidangkan bersama nasi panas

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago