Categories: Resipi

Resipi Kambing Perap Ala Germany, Anak-Anak Mesti Berhantu Nak Makan!

Jom masak resipi kambing perap ala Germany! Khas untuk peminat kambing, hari ini MyResipi akan berkongsi resipi kambing perap kegemaran anda dan keluarga. Kambing perap ini selalunya menjadi pujaan ramai.

Sebagaimana yang kita tahu, kambing bakar selalu dijadikan menu handalan untuk jamuan istimewa, majlis-majlis bahkan pada jamuan raya kambing bakar jadi menu yang paling cepat licin.

Baca juga: Ayam Bakar Hitam, Resipi Perapan Isi Juicy Dan Sedap

Resepi ini telah dikongsikan oleh Che Bob di Facebook ini untuk kuantiti kambing 4kg. Mari ikuti resipi perapan sedap untuk daging kambing ini. 

RESIPI KAMBING PERAP ALA GERMANY

Alkisahnya, perap 4 kg daging untuk dimakan pada bulan puasa, tetapi akhirnya dimakan oleh anak-anak, saudara-mara, dan cucu-cucu. Maka tamatlah sudah cerita mengenai niat untuk berbuka puasa. Tidak perlu bimbang, jika rezeki datang, kita akan mencuba lagi.

Bahan-bahan utama:

  • Daging Kambing Hiris (lamb) – Disyorkan untuk membeli daging yang berlabel lamb. Jangan beli yang tebal biasa itu, tidak sedap dimakan. Di tempat saya, harga kambing lamb adalah RM26/kg.
  • Jika ingin makan steak, anda boleh membeli sirloin, ribeye, tenderloin, atau pun striploin dengan perapan yang sama.

Bahan-bahan perapan: untuk 4kg daging kambing

  • Sos blackpepper
  • Serbuk lada
  • Sos tomato
  • Gula perang
  • Sos Lea & Perrins
  • Kiub ayam & kiub daging
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Serbuk perasa

*Gaulkan semua bahan perapan di atas dengan minyak. Jika ingin sihat, gunakan minyak zaitun. Jika tidak ada minyak zaitun, gunakan minyak masak biasa. SANGAT DIHARAMKAN untuk menggunakan minyak diesel atau sebarang minyak yang kotor.

Cara-cara perapan:

1. Basuh dan keringkan hiris daging kambing (tidak perlu menggunakan pengering rambut).

2. Kukus daging dalam kukusan sehingga separuh masak. Jangan kukus terlalu lama, kerana takut menjadi terlalu lembut. Kira-kira biarkan daging itu menjadi sedikit lembut.

3. Perap dalam perapan selama kira-kira 3-4 jam.

4. Siap untuk dimasak.

5. Bakar di atas kuali. Tidak perlu menggunakan minyak. Minyak dari bahan perapan akan keluar secara automatik.

6. Perap sebanyak yang diinginkan, simpan dalam freezer.  Jika ingin dimakan, bakar sekeping.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Che Bob

Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago