Ramai tak yang suka makan jeruk betik? Jika tidak tahu cara membuatnya, mari kami tunjukkan cara-cara membuat jeruk betik yang mudah.
Untuk membuat jeruk betik, kita memerlukan buah betik yang cukup tua dan isi kekuningan supaya hasilnya nanti lembut dan manis.
Sekali cuba buat pasti takkan beli dah! Maklumlah, jika dibuat secara homemade lebih diyakini. Mari kita cuba buat menggunakan resipi hasil perkongsian dari Musyahadah di bawah.
Baca juga: Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu
1. Rebus asam boi bersama gula. Kalau nak manis, lebihkan kurang. Jika sebaliknya, kurangkan gula. Biarkan menggegak selama 6 minit.
2. Apabila warna sudah hampir berwarna oren, masukkan cuka mengikut cita rasa. Masak sekejap dan boleh tutup api. Sejukkan.
3. Kupas betik, potong setebal duit syiling tau mengikut suka seperti dalam gambar di bawah.
4. Cuci bersih dan rendam betik di dalam air kapur selama 5 minit. Kemudian buang air dan toskan.
5. Bila dah agak kering, masukkan ke dalam balang yang berisi air asam tadi.
6. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Musyahadah Oo
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…