PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-17 18:37:28
Setiap pagi, ibu-ibu terutamanya suri rumah pasti sudah terpacak di dapur untuk membuat sarapan untuk seisi keluarga. Menu-menu seperti nasi goreng, mee goreng dan cekodok sudah menjadi kebiasaan di pagi hari. Jadi, inilah masanya untuk ibu-ibu mencuba resipi mudah ini buat hidangan sarapan iaitu Jejari Kentang Cheese. Ikuti perkongsian daripada Aleen Aireish menerusi laman Facebook.
Bahan-bahan:
- 500 gram kentang
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu makan susu tepung
- 5 keping cheddar cheese (dipotong kecil)
- Garam halus
- Daun bawang
- Daun sup (dihiris halus)
Cara-cara:
- Kupaskan semua kentang yang disediakan dan basuh sebersih-bersihnya. Kemudian, kukus kentang tersebut sehingga masak.
Kredit: Lifestyle Okezone
- Selepas semua kentang masak, keluarkan dan lenyekkan kentang sehingga teksturnya halus. Ketepikan seketika.
- Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain dan gaulkan hingga sebati dan menjadi seperti doh.
- Untuk bentuk, terpulang mengikut citarasa anda sendiri sama ada untuk membuatnya dalam bentuk memanjang atau bulat.
- Setelah selesai membentuk, panaskan minyak dan goreng kentang sehingga warna nampak kekuningan.
Kredit: Aleen Aireish
Siap! Mudah saja kan? Pasti anak-anak pun turut berselera menjamunya. Selamat mencuba!