Kalau suka lauk yang ada rasa masam, pedas dan cukup berperisa, siakap masak asam ini memang boleh masuk dalam senarai menu wajib cuba. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah asam jawa yang cukup rasa.

Menariknya, resipi ini menggunakan halba campur bersama daun kari, bawang merah dan bawang putih. Gabungan bahan-bahan ini buat kuahnya lebih harum dan mempunyai rasa yang cukup menyelerakan.

Cara membuatnya pun tidak susah. Ikan hanya perlu digoreng seperti biasa, kemudian dimasukkan ke dalam kuah asam yang sudah mendidih. Tambahkan cili hijau dan biarkan seketika supaya kuah meresap pada ikan.

Baca juga: Resipi Ikan Dori Goreng Rangup Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bancuhan Tepung Rumit

RESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Halba campur
  • Daun kari
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Air asam jawa
  • Cili hijau
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan siakap, kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa sehingga masak dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Ambil halba campur dan basuh menggunakan penapis supaya lebih mudah dan tidak bersepah.
  4. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis halba campur bersama daun kari, bawang putih dan bawang merah.
  5. Tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
  6. Masukkan air asam jawa yang telah dibancuh dengan air. Sukat air mengikut jumlah kuah yang diingini. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  7. Biarkan kuah mendidih, kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
  8. Masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi bersama cili hijau.
  9. Gaul perlahan supaya ikan bersalut dengan kuah. Biarkan selama 2 hingga 3 minit.
  10. Tutup api dan siakap masak asam sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Jangan masak ikan terlalu lama selepas dimasukkan ke dalam kuah supaya isi ikan tidak mudah hancur.

Sumbe: Thread

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Halia Limau, Campurkan Saja Semua Bahan Ini Dalam Kuali!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending