Categories: Resipi

Resipi Ikan Masam, Nak Lagi Sedap Kena Perap 2-3 Hari Baru Goreng!

Ikan masam ni tak sama dengan ikan pekasam. Nampak lebih kurang saja tapi sebenarnya tidak. Masing-masing ada kesedapan dan peminatnya yang tersendiri.

Rasa sama seperti ikan kering masin cuma tidak begitu masin. Katanya, lagi lama perap lagi sedap.

Nak lagi mudah, mak-mak boleh buat untuk sekilo terus. Mudah kalau nak makan bila-bila, tinggal goreng saja.

Jom lihat cara-cara membuatnya yang dikongsikan oleh Ida Shahida di bawah.

Ikan Masam, Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Ikan masam. Siapa yang suka makan ikan kering masin atau suka makan ikan tenggiri masam, pasti akan gemarkan rasanya.

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 20 keping asam keping
  • 1 sudu besar asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar air

Cara-caranya:

1. Kembangkan asam keping dan asam jawa saja.

2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.

3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.

4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan tu semula.

5. Ikan ni boleh disimpan dan dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais

6. Nak goreng – boleh basuh dulu sikit sekadar nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh. Terus digoreng.

Info:

  • Boleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais
  • Sedap sangat
  • Tidak masin seperti ikan masin
  • Hari ke 3 dah dapat makan
  • Bila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman
  • Tak perlu dijemur atau dikukus
  • Bila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air

Kredit: Ida Shahida

Baca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago