Categories: Resipi

Resipi Ikan Goreng Halia Sempoi, Rangup & Tak Cukup Seekor!

Ikan goreng halia mungkin kelihatan seperti hidangan biasa tetapi jangan tertipu dengan kesederhanaannya. Hidangan ini menyatukan rasa wangi halia dan bawang putih, pedas cili padi, serta tekstur ikan yang rangup.

Di samping itu untuk tekstur ikan yang lebih garing, pastikan ikan dikeringkan sebelum digoreng dan minyak sudah cukup panas. Halia muda juga digunakan untuk memberikan rasa wangi yang lembut tanpa terlalu tajam.

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

RESIPI IKAN GORENG HALIA

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan pilihan anda (disarankan ikan jenahak untuk rasa dan tekstur terbaik)
  • 2 ulas bawang putih, dimayang halus
  • 6 ulas bawang merah, dicincang
  • 5 biji cili padi hijau, dihiris
  • 4 inci halia muda, dihiris memanjang
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan kunyit secukupnya untuk perapan ikan
  • Air secukupnya untuk kuah

Cara-Cara:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit secukupnya hingga rata, pastikan semua bahagian tertutup. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, kemudian goreng ikan tersebut hingga garing dan keemasan. Setelah masak, angkat ikan dan toskan minyaknya.

2.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama. Masukkan bawang putih, bawang merah, dan hirisan halia, kemudian tumis hingga naik bau wangi dan sedikit layu.

3. Setelah rempah garing, masukkan sos ikan, kicap cair, dan sos tiram. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Jika anda lebih suka hidangan yang berkuah, tambahkan air mengikut citarasa.

4. Masukkan hirisan cili padi hijau, memberikan hidangan rasa pedas yang menyelerakan.

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuali bersama dengan kuah. Gaul sebati hingga ikan menyerap kuah dan perasa.

6. Angkat ikan dan kuahnya, dan letakkan di atas pinggan hidangan. Taburkan hirisan daun bawang di atas.

 

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago