Categories: Resipi

Resipi Ikan Bakar Berempah, Cara Paling Ringkas Nak Meratah!

resipi ikan bakar berempahresipi ikan bakar berempah

Kalau anda perlukan resipi yang lain dari lain untuk makan tengah hari ini, jom buat resipi ikan bakar berempah yang penuh beraroma.

Resipi ini menggunakan campuran rempah dan herba yang memberikan aroma wangi serta rasa enak pada ikan bakar. Ratah macam itu sahaja pun memang sedap.

Sesuai dihidangkan bersama nasi putih atau dinikmati begitu sahaja, ikan bakar berempah ini pasti memikat selera keluarga anda hari ini.

Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca lagi: Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai, Sedap Tak Boleh Bawak Bincang

RESIPI IKAN BAKAR BEREMPAH

Bahan-Bahan 

  • Ikan – 1 ekor (guna ikan jenahak atau ikan pilihan anda)
  • Daun kunyit – 1 helai, dihiris halus
  • Daun limau purut – 2 helai, dihiris kasar
  • Bunga kantan – 1 kuntum, dibelah

Bahan-Bahan untuk Dikisar

  • Bawang merah – 5 biji
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Serai – 2 batang
  • Bunga kantan – 4 kelopak (dihiris dahulu sebelum dikisar)
  • Cili kisar – 3 sudu makan
  • Rempah kari ikan – 2 sudu besar
  • Air asam jawa – secukupnya
  • Belacan bakar – sedikit untuk rasa
  • Halia – 1 inci
  • Lengkuas – 1 inci
  • Gula dan garam – secukupnya
  • Air – sedikit untuk membantu proses kisar

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau harum dan mengeluarkan minyak. Setelah masak, tutup api.

2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit agar ia lebih berasa. Kemudian, siapkan kertas aluminium foil di atas dulang pembakar.

3. Letakkan hirisan daun kunyit di atas aluminium foil, diikuti dengan sedikit rempah tumis. Letakkan ikan di atas daun kunyit tersebut dan tuangkan baki rempah tumis ke atas ikan, pastikan ia disaluti rata.

4. Taburkan hirisan daun limau purut, bunga kantan, dan baki hirisan daun kunyit di atas ikan untuk aroma.

5. Balut ikan dengan kemas menggunakan aluminium foil. Perap selama 15 minit agar rempah meresap.

6. Bakar ikan hingga masak. Anda boleh menggunakan pemanggang ajaib, dan ia hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk ikan jenahak.

7. Setelah ikan masak, buka aluminium foil dengan perlahan-lahan dan hidangkan ikan bakar ini.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Resepi Roti Jagung Cheese Leleh Mudah & Cepat Hanya Guna Air Fryer

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini…

4 mins ago

Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

Resipi jeruk nenas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang unik dan lain dari…

9 mins ago

Resipi Kentang Goreng Cheese ‘Viral’, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Bahan Murah!

Resepi kentang goreng cheese 'viral' ini sangat mudah untuk dicuba sendiri di rumah dan bahan-bahannya…

23 mins ago

Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh…

1 hour ago

Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!

Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara…

3 days ago

Buat Sendiri Jagung Manis Cawan Ala Pasar Malam, Jimat Duit Jika Anak Ramai

Kalau pergi ke pasar malam memang tak sah jika tak beli jagung cup. Sebenarnya, resepi…

3 days ago