roti putih

Kadang-kadang terbeli roti putih sampai dua tiga buku, tapi bila dah masuk hari keempat, masih tak ada siapa usik. Nak buang sayang, tapi kalau biar lama-lama nanti masuk tong sampah juga.

Jangan risau, kali ini kami kongsikan satu idea yang bukan saja boleh ‘selamatkan’ roti hampir expired, tapi buat satu rumah makan sampai licin. Resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan.

Guna bahan asas saja yang memang dah ada di dapur iaitu telur, sedikit gula, roti putih dan marjerin. Tapi hasilnya luar biasa sedap. Luar garing, dalam lembut, dengan rasa manis leleh dari gula yang ditabur masa panas-panas. Makan pula waktu minum petang, memang boleh buat ketagih!

Oleh itu, kalau anda selalu pening nak buat apa dengan roti yang tinggal beberapa keping, jom cuba menu ini yang sesuai untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah.

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok

IDEA RESIPI UNTUK HABISKAN ROTI PUTIH SEBELUM TARIKH LUPUT

roti putih

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Beberapa keping roti (potong tepi jika suka)
  • Sedikit marjerin untuk menggoreng
  • Gula (untuk tabur selepas digoreng)

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan secubit garam dan kacau rata.
  2. Potong tepi-tepi roti jika mahu buang kerak.
  3. Panaskan sedikit marjerin di atas kuali.
  4. Celupkan sekeping roti ke dalam bancuhan telur.
  5. Bila margarin dah cukup panas, letakkan roti tadi.
  6. Balik-balikkan roti hingga kedua-dua belah keemasan dan masak sempurna.
  7. Angkat dan terus taburkan gula semasa roti masih panas supaya gula cair sendiri.
  8. Susun roti bertingkat-tingkat dan potong kepada 4 bahagian.
  9. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Farah Din

Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN