Categories: ResepiResipi

Resipi Donut Tanpa Guna Mixer, Tak Perlu ‘Rehat’ Lama Tapi Hasil Tetap Lembut & Sedap

Anak-anak suka makan donut? Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah. Senang je kalau ikut resipi donut tanpa guna mixer di bawah ini.

Kalau sebelum ni asyik beli, jom buat sendiri pula. Sekali buat, dapat banyak. Memang jimat berganda!

Cara Buat Donut Tanpa Guna Mixer

Bahan-bahan:

  • 220g susu
  • 1/2 sudu besar yis
  • 100g gula halus
  • 500g tepung roti / tepung serbaguna
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil roti improver
  • 1 biji telur
  • Sedikit air
  • 50g mentega / marjerin

Bahan topping:

  • Gula halus / gula aising

Cara-caranya:

  1. Ambil satu mangkuk, tuangkan susu segar, yis dan gula halus yang sudah dikisar. Kacau dan rehatkan selama 5 minit.
  2. Dalam magkuk lain, satukan tepung roti/tepung serbaguna, gara dan roti improver. Sebatikan.
  3. Kemudian masukkan campuran susu, yis dan gula halus tadi. Pecahkan juga 1 biji telur.
  4. Gaul menggunakan tangan sehingga menjadi doh. (gunakan glove plastik supaya adunan tidak melekat di tangan)
  5. Tambahkan sedikit air. Tekan dan lipat sehingga doh menyerap air yang dituangkan tadi.
  6. Masukkan pula mentega/margerin. Teruskan menggaul sehingga mentega bercampur dengan doh sepenuhnya.
  7. Lipat dan tekan pada doh. Teknik menggunakan tangan ini sangat baik kerana doh cepat menjadi dan tiada biji-biji kecil keluar pada roti nanti.
  8. Bila mentega dah sebati dengan doh, keluarkan doh ke atas permukaan meja atau loyang besar yang bersih.
  9. Taburkan sedikit tepung agar doh tidak melekat pada tangan.
  10. Gosok doh (macam cuci kain guna tangan). Gosok doh sehingga menjadi sedikit lembut.
  11. Tutup doh menggunakan plastik wrao dan rehatkan selama 10 minit.
  12. Tabur sedikit tepung ke atas permukaan meja atau loyang besar yang bersih. Ambil doh tadi dan tekan sedikit.
  13. Gunakan roller dan gulungkan doh depan belakang sehingga rata dan pastikan doh tiada angin.
  14. Ambil acuan donut dan tekapkan pada doh yang sudah diratakan.
  15. Bila dah siap tekap, rehatkan doh selama 1 jam sebelum digoreng.
  16. Pastikan minyak dah cukup panas sebelum mula menggoreng.
  17. Lepas siap goreng, taburkan gula halus atau gula aising.
  18. Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Kai Hasidin

Baca juga: Resipi Cakoi Mudah Tanpa Yis, Tapi Tetap Lembut & Jadi Berlubang Di Tengah

Nasiha

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 day ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

1 day ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

1 day ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

1 day ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

1 day ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

1 day ago