Jika anda mencari lauk daging yang mudah dan sedap, resipi daging masak asam ini jawapannya! Bahan penyediaan yang kata orang tidak leceh dan pembuka selera.
Menu ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga mahupun diri sendiri pada bila-bila masa.
Kalau anda nak cuba, jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Mariana Zainal yang sangat senang.
Baca juga: Kuih Talam Seri Muka, Bahagian Hijau Di Atas Lebih Tebal Memikat Selera!
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan bahan-bahan hiris (bawang besar, bawang putih, halia) dan tumis hingga layu.
3. Masukkan daging dan tumis dengan api sederhana. Biarkan daging masak perlahan-lahan hingga air daging kering dan naik minyak.
4. Apabila minyak sudah naik, masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa.
5. Biarkan kuah mendidih dan naik minyak. Masukkan air dan masak hingga kuah mula kering.
6. Masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula, dan bahan perasa (jika perlu).
7. Masak hingga kuah pekat. Jika suka berkuah, boleh tambah 1/2 cawan air dan biarkan mendidih.
8. Apabila daging sudah empuk, angkat dan hidangkan.
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Cucur Daging Tanpa Gagal, Kena Ada Bahan ‘Ini’ Dalam Adunan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…