PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-03 09:58:13

Sambutan raya haji dah lepas, tapi stok daging masih banyak lagi. Masak sup tulang dah buat, rendang tok pun dah buat. Nak buat masa apa lagi ni? Haa, apa kata kita cuba buat masakan daging goreng ala thai ni. Rasa dia umpama makan di restoran di Thailand. Fuhh, sedapnya! Oleh itu, jom kita ikuti resipi yan dikongsikan oleh Fatt Dina menerusi laman Facebooknya.

Kredit: Fatt Dina

 

Bahan-bahan:

  • Daging (800g)
  • 5 sudu biji ketumbar (dikisar atau ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris halus)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar atau ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Butter atau majerin (untuk ditumis)

 

Bahan-bahan untuk sos:

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada, boleh gunakan 2 sudu gula putih)
  • 2 sudu beras (digoreng atau disangai kemudian dikisar halus)
  • 2 sudu perahan air limau nipis
  • 3 sudu air asam Jawa
  • Sos ikan
  • 3 ulas bawang kecil merah (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

 

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perapkan selama 30 minit ke 2 jam.

    Kredit: CDKitchen 
     

  2. Untuk penyediaan sos, campurkan semua bahan-bahan sos dan kacau sehingga sebati. 

    Kredit: Fatt Dina
     

  3. Perasakan dengan garam secukupnya.

    Kredit: New York Post 
     

  4. Selepas daging diperap secukupnya, goreng daging sehingga masak.

    Kredit: Cook The Story
     

  5. Kemudian, gaulkan daging yang telah dimasak tadi ke dalam sos.

    Kredit: Fatt Dina

 

Siap! Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


Kredit: Fatt Dina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN