resipi cucur udang

Bila dah siap sediakan makan tengahari, kena fikir pula untuk juadah petang. Teringat pula resipi cucur udang yang gebu dan rangup. Kalau beli di luar, confirm harga mahal!

Jadi dengan adanya resipi cucur udang ini, anda boleh buat sendiri di rumah. Lebih puas hati dan lebih terjamin tahap kebersihannya.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Marzilawati Ahmad yang dikongsikan di laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Resipi Apam Balik Guna Kuali Non-Stick, Lembut & Gebu Macam Dekat Pasar Malam!

RESIPI CUCUR UDANG

Bahan-Bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • Udang (apa-apa jenis mengikut selera)
  • 1/2 peket yis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya (pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras)
  • Serbuk kunyit atau pewarna kuning
  • Taugeh, kuchai, atau sayur kangkung (mengikut selera)

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan perap selama 20-30 minit.

2. Setiap kali hendak menggoreng, gaul adunan terlebih dahulu.

RESIPI KUAH KACANG

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah (digoreng dan diblend kasar)
  • Bawang merah, bawang putih, cili kering (dikisar)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 keping nise (saya guna nise Kelantan)
  • 2 helai daun pandan (optional)
  • 1 kotak santan kecil
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan serai.

2. Tambahkan air asam jawa, air secukupnya, dan kacang tanah yang telah diblend.

3. Masukkan nise, daun pandan, dan santan. Kacau hingga sebati.

4. Masak kuah hingga naik minyak, sentiasa kacau untuk memastikan rasa yang sekata.

Semoga resipi ini bermanfaat dan membantu anda dalam menyediakan cucur udang yang lazat.

Selamat mencuba!

resipi cucur udang

Baca juga: Resepi Kunafa Coklat Viral, Siap Dengan Sos Pekat Likat Yang Meleleh!

Sumber: Marzilawati Ahmad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN