Tengok sahaja resipi cottage pie, mesti terdetik rasa menu ini sukar untuk dibuat. Jangan risau, anda ikut sahaja resipi lengkap oleh Encik Muliadi Ramli ini.
Beliau membuat cottage pie yang mudah dan sesuai untuk mereka yang bergelar student. Ini kerana bahan yang digunakan adalah budget-friendly!
Jom baca bersama!
Baca juga: Ayam Panggang Simple Dengan 3 Langkah, Sekejap Saja Sudah Siap!
RESIPI COTTAGE PIE
Bahan A (Inti Daging):
- 400g daging kisar Ramly
- 1/2 biji bawang Holland
- 5 biji cili padi, dipotong
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk paprika
- Serbuk lada putih secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
Cara penyediaan inti daging:
1. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan paprika, gaul rata.
3. Tambah serbuk lada putih dan masukkan daging kisar.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga sebati.
5. Tambah cili padi, garam, dan perasa. Gaul rata dan ketepikan.
Bahan B (Kentang):
- 5 biji kentang (400g), dimasak hingga empuk dan dilenyek
- 1 cawan susu segar
- 3 sudu besar mentega
Cara penyediaan kentang:
1. Masukkan susu segar dan mentega ke dalam kentang yang telah dilenyek.
2. Kacau sebati dan ketepikan.
Bahan C (Bahan Lain):
- Keju Mozarella
- Keju keping Cheddar
- Daun ketumbar
Cara penyediaan cottage pie:
1. Susun inti daging di bahagian bawah lapisan dalam bekas yang sesuai.
2. Lapik dengan lapisan kentang lenyek di atas inti daging.
3. Letakkan keju keping Cheddar di atas lapisan kentang.
4. Taburkan keju Mozarella secukupnya (lebih banyak keju untuk tekstur yang lebih tarik panjang).
5. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar di atasnya.
6. Bakar pada suhu 200°C selama 10 hingga 15 minit, bergantung kepada saiz pie dan jenis oven.
Sumber: Muliadi Ramli
Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Gebu, Lemak Manis & Wangi! Guna Susu Cair Bukan Air Biasa