cornflakes sira pedas

Resipi cornflakes sira pedas ini sangat mudah, sedap, rangup dan manis pedas. Sesuai dijadikan kudapan, terutamanya untuk hari raya.

Rahsia rangupnya ialah sambal sira yang pekat dan teknik kaup balik semua bahan sebelum dibakar. Dengan cara ini, kacang, tempe, bilis, kentang dan cornflakes semua bersalut rata dengan sambal pedas manis.

Cornflakes sira pedas ini boleh dibuat banyak sekaligus dan disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup lebih lama. Sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Baca juga: 5 Resipi Kuih Raya Guna Cornflakes, Semuanya Mudah Dibuat & Bakal Jadi Rebutan!

RESIPI CORNFLAKES SIRA PEDAS

cornflakes sira pedas

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (digoreng)
  • Tempe (digoreng)
  • Bilis (digoreng)
  • Kentang (dihiris nipis dan digoreng)
  • Cornflake
  • Ibu sambal (boleh guna ibu sambal sendiri atau beli)
  • Marjerin pelangi
  • Gula (ikut cita rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat sambal sira:

  1. Panaskan marjerin pelangi dalam kuali.
  2. Masukkan ibu sambal dan tumis hingga hampir kering.
  3. Tambah gula (contoh: 2 cawan, ikut manis yang disukai).
  4. Biarkan sambal berbuih kuat.
  5. Tutup api dan masukkan semua bahan yang telah digoreng, termasuk cornflake.
  6. Gaul rata menggunakan teknik kaup balik supaya semua bahan bersalut sambal dengan rata.
  7. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  8. Masukkan campuran cornflake sira ke dalam loyang.
  9. Bakar selama 10–15 minit untuk mendapatkan rasa rangup dan sira yang melekat pada semua bahan.

Sumber: Ammar Ayesha

Baca juga: Resipi Caramel Cornflakes ‘Ketagih’, Sekali Ngap Tak Cukup Sebekas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN