Sedapnya Coney Sausage perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah.
Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
Sosej
Roti hotdog
Bawang holland
3 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang holland – cincang halus
1 batang lobak merah – cincang halus
1 palet daging kisar
2 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos tomato
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kari pedas
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
1 cawan air
Minyak masak
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan cincang halus serta daging. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili kering kisar, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari pedas, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan air. Rasa utama sos adalah jintan putih. Kacau semua bahan hingga masak.
3. Pastikan sos tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering. Biarkan sos seketika.
4. Ambil bawang holland dan potong dadu kecil. Kemudian rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang airnya.
5. Kukus sosej selama 5 minit. Kemudian kukus pula roti selama 1 minit.
6. Masukkan sosej ke dalam potongan roti. Tuang sos daging cincang dan tabur bawang holland dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…