Resipi Char Kuey Teow adalah antara hidangan yang agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Hidangan ini biasanya terdiri dari mi sejenis flat rice noodles yang digoreng dengan berbagai bahan lainnya. “Char” dalam bahasa Kantonis berarti goreng, sedangkan “Kuey Teow” merujuk pada mi beras nipis yang digunakan dalam hidangan ini.
Bahan-bahan yang umumnya digunakan dalam Char Kuey Teow meliputi mi beras, udang, kerang, daging ayam atau daging, tauge, telur, sosej Cina, bawang putih, bawang merah, dan kicap. Ia sering digunakan untuk memberikan cita rasa khas pada hidangan ini.
Baca juga: 8 Jenis Mee Yang Popular Dekat Malaysia, Mana Satu Pilihan Hati?
Char Kuey Teow biasanya disajikan panas-panas dan seringkali dihidangkan di atas daun pisang untuk menambah aroma. Ikuti resipi penuh dari perkongsian Zainor Shima Ihsan ini.
Yang ni memang lain sikit berbanding kuey teow goreng yang kita biasa masak kering. Istimewanya sebab rasa udangnya lebih ‘kick’, kuahnya pun sedap, basah-basah dan sedikit pekat.
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B:
Cara masak pes kuey teow:
1. Siang kulit dan kepala udang.Kemudian rebus semuanya dalam periuk sehingga masak atau air bertukar bewarna oren.
2. Biar sejuk seketika dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi.
3.Tapiskan hampas dan ambil airnya.Hampas tu boleh buang atau buat baja tanaman.
4. Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula dalam periuk.Campurkan semua bahan A dalam air tapisan udang tadi.
5. Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih.Pati air rebusan akan menjadi lebih sedikit pekat dan bawang putih menjadi lembut.
Cara goreng char kuey teow:
1. Cuci kuey teow dengan air ,leraikan dan tapis.
2. Bersihkan kucai dan hiris memanjang.
3. Panaskan minyak.Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
4.Kemudian tambah 2 senduk pes char kuey teow. Tambah 3-4 senduk air serta 1 mangkuk kuey teow tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan taugeh dan kuchai. Akhir sekali, masukkan telur.
6. Siap terus dihidang ketika masih panas. Nikmati bersama-sama cili jeruk untuk lebihkan rasa kelazatannya.
Selamat mencuba.
Sumber: Zainor Shima Ihsan
Baca juga: Resipi Mee Goreng Basah Guna Numee, Tak Cepat Kembang Dan Senang Putus
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…