Resipi capati lembut dan mudah yang kami akan kongsikan hari ini, memerlukan teknik yang betul untuk menghasilkan tekstur sebegitu. Dengan menggunakan tepung atta berkualiti, rasa capati ini lebih autentik, sama seperti yang disajikan di rumah-rumah India tradisional.
Dari 1 kg tepung atta, anda boleh mendapatkan sekitar 20-23 keping capati, bergantung pada saiz setiap bebola doh yang anda buat. Resipi ini sesuai untuk hidangan harian, lebih-lebih lagi bila dinikmati dengan kari atau dal.
Jom kita baca resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Kepak Ayam Goreng Rangup Tanpa Telur, Sedapnya Lain Dari Yang Lain!
Bahan-bahan utama:
Cara penyediaan capati:
1. Dalam sebuah bekas besar, masukkan air, garam, dan gula. Kacau hingga sebati.
2. Cairkan marjerin di atas api kecil, kemudian masukkan marjerin cair ini ke dalam bekas berisi air. Gaul hingga larut sepenuhnya dengan campuran air tadi.
3. Masukkan tepung atta sedikit demi sedikit ke dalam campuran air dan marjerin sambil diuli. Uli hingga adunan mencapai konsistensi yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
4. Jika adunan terlalu kering, tambahkan sedikit air. Sebaliknya, jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung atta.
5. Apabila adunan sudah sebati dan tidak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 30 minit. Ini penting agar capati menjadi lebih lembut dan kenyal ketika dimasak.
6. Selepas direhatkan, ambil sedikit adunan dan bentuk menjadi bebola kecil (saiznya mengikut pilihan masing-masing).
7. Jika ada masa, biarkan doh bebola ini semalaman di dalam bekas bertutup. Ini membantu tekstur capati menjadi lebih lembut dan sedap apabila dimasak.
8. Panaskan kuali leper atau kuali non-stick tanpa minyak di atas api sederhana.
9. Ambil satu bebola doh, giling menjadi bentuk bulat dan leper (ketebalan sekitar 2-3 mm).
10. Letakkan capati yang telah digiling ke atas kuali panas. Biarkan seketika hingga muncul gelembung di permukaan capati, kemudian balikkan.
11. Masak capati hingga terdapat bintik keemasan dan capati kelihatan masak sempurna. Angkat dan ulang proses ini untuk semua bebola doh yang lain.
Tips mudah:
Jika ingin menjimatkan masa dan tenaga, anda boleh menggunakan mesin pengadun atau breadmaker. Masukkan semua bahan ke dalam mesin dan biarkan sehingga adunan sebati dan licin. Kemudian, hanya perlu bentukkan bebola, giling, dan masak.
Selamat mencuba!
Sumber: Wo-aini Crafter
Baca lagi: Kek Coklat Moist Tanpa Tepung Gandum, Resipi ‘Gluten-Free’ Ini Pasti Ramai Suka!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…