Categories: Resipi

Jemu Makan Ayam? Cuba Resipi Buttermilk Dori Ini, Kuah Creamy Memang Padu!

Resipi Buttermilk Dori ini sesuai untuk anda yang sudah bosan makan buttermilk chicken, tetapi masih menggemari rasa kuah yang berkrim dan menyelerakan. Ikan dori yang lembut digoreng sehingga keperangan sebelum dimasak bersama kuah berkrim yang kaya dengan aroma bawang putih dan daun kari. Hidangan ini juga sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam.

Ikan dori terlebih dahulu digaul dengan garam dan lada hitam sebelum dicelup ke dalam bancuhan tepung gandum dan tepung jagung. Kemudian, goreng sehingga keperangan dan ketepikan sementara menyediakan kuah.

Untuk kuahnya, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sebelum menambahkan mentega serta susu sejat. Setelah kuah sebati dan mula mendidih, masukkan kembali ikan dori dan biarkan seketika supaya kuah meresap. Hidangkan bersama nasi atau pilihan karbohidrat kegemaran.

Baca juga: Resipi Ayam Buttermilk Anti-Gagal, Baru Belajar Masak Pun Confirm Menjadi

RESEPI BUTTERMILK DORI

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan dori
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada hitam
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-5 biji cili padi, dihiris (pilihan)
  • 1 cawan susu sejat
  • ½ cawan air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul ikan dori bersama garam dan lada hitam.
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan sedikit garam.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan tepung.
  4. Celupkan ikan dori ke dalam bancuhan tepung sehingga bersalut rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan dori sehingga keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan ketepikan.
  7. Panaskan sedikit minyak bersama mentega. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi jika suka pedas.
  8. Tuangkan susu sejat dan air. Kacau sehingga kuah sebati dan sedikit pekat.
  9. Masukkan ikan dori yang telah digoreng dan gaul perlahan supaya bersalut dengan kuah.
  10. Hidangkan bersama nasi atau karbohidrat pilihan.

Sumber: Dayah

Baca juga: Ayam Buttermilk Cepat Lembik Lepas Letak Susu Cair? Ini 7 Cara Kekal Crispy Sampai Bila-Bila!

Izzati

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago