Categories: Resipi

Resipi Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Sangat Sedap & Kenyal

Biasa kalau buat butir bangka, bentuknya membujur dan tak perlu letak inti kan? Tapi kalau nak lagi sedap, boleh buat butir nangka berinti gula melaka macam ni.

Resipi butir nangka berinti gula melaka ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli. Menurut beliau, suaminya lagi suka butir nangka yang berinti macam ni. Lagi sedap katanya!

RESIPI BUTIR NANGKA BERINTI GULA MELAKA

Bahan-bahan untuk buat butir nangka:

  • Dua cawan tepung pulut
  • Dua sudu besar tepung gandum.
  • Air (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit)
  • Tiga perwarna ( hijau, merah, dan kuning)
  • Gula Melaka
  • Sekotak santan.
  • Sesudu kecil halba (untuk aroma)
  • Gula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing²)
  • Dua helai daun pandan.
  • Sesudu besar tepung gandum yang dibancuh air

Cara-cara:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.

2. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.

3. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Gunakan lidi sate untuk calitkan perwarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan.

4. Jadi la tiga doh yang berwarna.

5. Ini gula melaka saya beli di pasar Masjid Tanah Melaka. Saya simpan di dalam bilik stor makanan, tanpa disangka gula melaka saya cair. Tapi takpe senang je, saya jadikan bebola kecik untuk dijadikan inti butir nangka saya.

6. Cuit sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula.

7. Jadila butir nangka bentuk bulat.

8. Rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi tak cantik dan membulat. Bila butir nangka dan timbul, baru angkat.

9. Rendam di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.

10. Untuk kuah pula. Panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan.

11. Masukkan gula (mengikut citarasa) dan sesudu halba.

12. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkan sekotak santan.

13. Masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.

14. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit.

15. Siap, boleh dihidang makan panas-panas atau pun boleh disejukkan dahulu. Kalau saya, saya suka makan sejuk-sejuk.

16. Inti gula melaka. Rasa macam karamel sikit sebab ada masin-masin.

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!

 

 

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago