Categories: Resipi

Jom Buat Burger Homemade. Patty Tebal, Berjus & Tak Sarat Dengan Sos

Mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri Burger Homemade di rumah. Boleh ubah suai bahan-bahan di dalam burger mengikut citarasa masing-masing.

Ada orang tak suka sos meleleh dan inti yang terlalu sarat di dalam burger mereka. Susah bila nak makan katanya.

Haa, selepas ini bolehlah cuba buat sendiri burger kat rumah ya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di bawah.

Baca juga: Jom Buat Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci & Halal

Resipi Burger Homemade

Kejadian burger saya buat. Bila digigit, rasa patty yang berjus dan memang tebal walaupun masa masak tadi saya dah cuba penyetkan bagi leper.

Daging kisar yang saya guna untuk buat patty.

Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa ya.

Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti. Gaul sebati.

Kepalkan daging menjadi bebola.

Kemudian leperkan daging menjadi patty.

Panaskan minyak masak dan masukkan patty. Leperkan patty ketika dimasak untuk mengelakkan patty menjadi kecut.

Hasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.

Masukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh penaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.

Ratakan sos ke atas bun : sos tomato campur sedikit mayonis.

Letakkan daun salad, patty berkeju, tomato. Tutup dengan bun. Jadilah burger kesukaan saya. Simple je.

Mudah saja kan nak buat burger homemade ni? Jom cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!

Kredit: Zurina Zulkefli

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago