resipi brownies

Resipi brownies memang tak pernah lapuk dek zaman. Dari dulu sampai sekarang, sama ada musim raya atau hari biasa, dessert ini tetap jadi pilihan ramai. Lagi-lagi bila nampak permukaan brownies yang berkedut cantik, terus rasa nak cuba buat sendiri di rumah.

Kalau perasan, setiap tahun mesti akan ada perdebatan kecil tentang bahan brownies, nak guna coklat mahal ke, butter jenama apa, atau teknik mana paling menjadi. Tapi sebenarnya, kalau kena gaya dan teknik, guna bahan biasa pun boleh hasilkan brownies yang sedap, lembut dan penuh rasa coklat.

Jadi untuk anda yang nak cuba buat sendiri di rumah, ini dia resipi brownies kedut versi mudah. Resipi ini memang jadi rujukan ramai setiap tahun sebab hasilnya konsisten, fudgy, moist dan yang penting, permukaan berkedut cantik!

Baca juga: Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong

RESIPI BROWNIES KEDUT, FUDGY DAN PENUH RASA COKLAT

resipi brownies

Bahan-bahan:

  • Saiz loyang: 8-10 inci
  • 100g butter
  • 412g coklat masakan dark (coin)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan serbuk koko gelap

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan butter bersama coklat masakan dark menggunakan kaedah double boiler atau microwave sehingga sebati. Ketepikan dan biarkan sedikit suam.
  2. Dalam bekas lain, masukkan gula perang, gula halus, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga gula larut dan adunan menjadi sedikit pekat. Bahagian ini penting untuk mendapatkan efek kedut pada permukaan brownies.
  3. Tuangkan campuran coklat cair ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk koko gelap. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan (jangan overmix) sehingga sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 140–150°C. Jangan biarkan oven terlalu panas di awal supaya brownies masak sekata dan tidak kering.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas baking.
  7. Bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan nampak set dan berkedut cantik.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan tekstur fudgy yang sempurna.

Sumber: Nani Ghazali

Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN